2. Paste this code immediately after the opening tag: Will Execution - SmartWills Malaysia

Buku Panduan Pelaksanaan Wasiat

Tahniah kerana membuat keputusan bijak untuk menulis wasiat anda.

Walaupun penyediaan wasiat bertulis dapat memudahkan pengagihan harta kepada waris dan orang tersayang, pelaksanaannya mungkin menghadapi kelewatan sekiranya maklumat tidak lengkap atau tiada dokumen sokongan yang diperlukan bagi pemindahan aset tertentu.

Buku panduan ini direka untuk membantu anda memahami keseluruhan proses perlaksanaan wasiat. Pemahaman yang jelas mengenai langkah-langkah yang terlibat adalah penting bagi memastikan setiap hasrat anda dapat dilaksanakan dengan lancar selepas pemergian anda.

Buku Panduan Pelaksanaan Wasiat ini turut berperanan sebagai rujukan kepada anda untuk menyediakan segala dokumen yang diperlukan lebih awal, di samping memberi panduan kepada ahli keluarga mengenai tindakan yang perlu di ambil semasa proses pelaksanaan dijalankan.

Apakah Tugas-Tugas Wasi Pelaksana Wasiat?

Wasi hendaklah mentadbir harta pusaka mengikut hasrat si mati sebagaimana yang dinyatakan dalam wasiat. Untuk tujuan ini, Wasi hendaklah:

Menyelesaikan semua hutang dan cukai daripada harta pusaka

Menguruskan pengebumian, sekiranya diminta dalam wasiat

Mengenal pasti dan menyediakan senarai inventori terperinci aset

Melaburkan lebihan tunai dan mengurus pelaburan sebagaimana dibenarkan oleh wasiat, jika berkenaan

Mengagihkan aset kepada benefisiari mengikut wasiat

Menyediakan penyata akaun lengkap bagi pentadbiran harta pusaka

Melaksanakan apa-apa arahan lain yang terkandung dalam wasiat

Dokumen Diperlukan

Sila buat salinan fotostat bagi dokumen yang disenaraikan di bawah dan simpan di tempat yang selamat. Catatkan lokasi dokumen-dokumen tersebut dalam buku Asset Update anda atau maklumkan kepada Wasi mengenai tempat penyimpanannya.

  • Sijil Perkahwinan, jika ada

  • Kad Pengenalan/Passport anda

  • Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran anak-anak/benefisiari

  • Kad Pendaftaran Kenderaan

  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

  • Polisi Takaful / Insurans

  • Geran Hak Milik Harta Tanah

  • Sijil Pendaftaran Syarikat

  • Penyata Saham Depositori Pusat (CDS)

  • Penyata Kad Kredit

  • Penyata Akaun Bank dan/atau Buku Simpanan Bank

  • Penyata Cukai Pendapatan

  • Sijil atau Penyata Unit Amanah

  • Gambar Peti Besi serta nyatakan lokasi/syarikat

  • Sijil-sijil pelaburan lain

  • Sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan aset tambahan

Untuk membantu melancarkan pemindahan pelbagai jenis aset, kami sediakan maklumat berguna seperti yang disenaraikan di bawah.

AKAUN BANK

 

 

Ini termasuk:

a) Buku simpanan si mati
b) Sebarang penyata akaun

Wasi boleh memohon kepada bank berkenaan untuk mendapatkan salinan penyata akaun bagi tujuan penilaian sebelum pengagihan. Wasi perlu mengemukakan kepada pihak bank salinan yang disahkan benar bagi dokumen berikut:

a) Wasiat si mati
b) Sijil kematian si mati daripada Jabatan Pendaftaran Negara
c) Kad Pengenalan/Pasport si mati

PETI BESI SIMPANAN

 

 

Wasi boleh memohon kepada pihak bank untuk memeriksa kandungan peti besi simpanan atas nama si mati dengan mengemukakan salinan sijil kematian yang disahkan benar. Pemeriksaan ini mesti dijalankan dengan kehadiran Pegawai Bank dan peguam yang dilantik. Selepas meneliti kandungan tersebut, Wasi boleh memohon kepada pihak bank untuk mengeluarkan barang-barang daripada peti besi simpanan tersebut.

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

 

 

Jika Penama KWSP Telah Dinamakan

Wasi hendaklah memohon kepada Lembaga KWSP untuk melepaskan jumlah KWSP kepada penama yang berumur 18 tahun ke atas. Wasi perlu mengemukakan salinan asal sijil kematian, sijil perkahwinan (jika pasangan adalah penama), dan sijil kelahiran anak-anak (jika anak-anak adalah penama) kepada pegawai KWSP untuk tujuan pengesahan.

Bagi anak-anak di bawah umur 18 tahun, Lembaga KWSP akan menahan bahagian mereka sehingga mencapai umur yang ditetapkan atau menyerahkannya kepada seorang Pemegang Amanah, tertakluk kepada kelulusan KWSP.

Sekiranya penama yang dinamakan oleh si mati dalam borang KWSP berbeza daripada benefisiari yang dinamakan dalam Wasiat, nama dalam borang KWSP yang ditetapkan akan diutamakan.

Jika Penama KWSP Tidak Dinamakan

Wasi hendaklah mengemukakan salinan asal sijil kematian, sijil perkahwinan, dan sijil kelahiran anak-anak kepada Lembaga KWSP untuk tujuan pengesahan. Jumlah KWSP akan dilepaskan kepada benefisiari yang dinamakan dalam Wasiat, dengan syarat semua dokumen dan prosedur yang diperlukan telah dipatuhi.

POLISE INSURANS

 

 

Jika Benefisiari Telah Dinamakan

Benefisiari yang dinamakan boleh menuntut sebarang polisi insurans atas nama si mati. Wasi hendaklah mengemukakan salinan sijil kematian si mati yang disahkan benar kepada syarikat insurans untuk membolehkan tuntutan dilepaskan. Sekiranya benefisiari yang dinamakan oleh si mati dalam polisi insurans berbeza daripada benefisiari yang dinamakan dalam Wasiat, maka nama benefisiari yang terdapat dalam polisi insurans akan diutamakan.

Jika Benefisiari Tidak Dinamakan

Sekiranya benefisiari tidak dinamakan oleh si mati dalam polisi insuransnya, maka individu yang dinamakan dalam Wasiat akan menerima manfaat daripada tuntutan tersebut.

PERNIAGAAN

 

 

Perniagaan Milikan Tunggal (Sole Proprietorship)

Sekiranya si mati merupakan pemilik tunggal sesuatu perniagaan, Wasi boleh memindahkan pemilikan perniagaan tersebut kepada individu yang dinamakan dalam Wasiat. Wasi perlu memaklumkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai kematian si mati dan pemindahan hak milik kepada pemilik baharu. Untuk tujuan ini, Wasi perlu mengemukakan salinan sijil kematian si mati yang disahkan benar.

Nota: Perniagaan milikan tunggal akan terbatal secara automatik apabila pemiliknya meninggal dunia.

Segala aset perniagaan yang dimiliki oleh pemilik tunggal akan diagihkan kepada benefisiari setelah kematian pemilik, mengikut cara pengagihan yang dinyatakan dalam Wasiat.


Perkongsian (Partnership)

Sekiranya si mati adalah seorang rakan kongsi dalam sebuah syarikat perkongsian, Wasi hendaklah bertindak mengikut Perjanjian Perkongsian (Deed of Partnership) (jika ada) dan Wasiat. Jika tiada Perjanjian Perkongsian, Wasi hendaklah mematuhi Akta Perkongsian untuk mentadbir harta pusaka seperti yang diperuntukkan dalam Wasiat.


Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Wasi hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha Syarikat berkenaan mengenai kematian si mati. Wasi perlu mengemukakan kepada Setiausaha Syarikat salinan sijil kematian si mati yang disahkan benar.

Setiausaha Syarikat kemudiannya akan meneruskan dokumentasi dan prosedur pemindahan saham kepada benefisiari, tertakluk kepada perjanjian pemegang saham (jika ada).

PELABURAN

 

 

Instrumen pelaburan termasuk saham, unit amanah, stok, dan bon yang dipegang atas nama si mati boleh dipindahkan kepada individu yang dinamakan dalam Wasiat, mengikut arahan yang terkandung di dalamnya. Wasi dikehendaki mengemukakan salinan sijil kematian si mati yang disahkan benar, Geran Probet, serta sijil pelaburan kepada institusi kewangan yang berkaitan. Selain itu, Wasi juga perlu melengkapkan Borang Pemindahan yang sesuai untuk merekodkan secara rasmi pertukaran pemilikan kepada benefisiari.

Bagi saham syarikat tersenarai, Wasi hendaklah menulis kepada Malaysian Central Depository Sdn. Bhd. (MCD) untuk memaklumkan tentang kematian si mati. Wasi perlu mengisi borang pemindahan untuk memindahkan saham tersebut terus kepada benefisiari atau, dalam kes saham yang tidak boleh dibahagikan, kepada Wasi atau salah seorang daripada para Wasi. Pemindahan daripada akaun Wasi tersebut kepada benefisiari/benefisiari akan dilakukan kemudian.

Bagi pemindahan saham di Bursa Malaysia, akan dikenakan caj pentadbiran tertentu oleh Bursa Malaysia.

KENDERAAN

 

 

Wasi hendaklah menyediakan maklumat dan kad pendaftaran semua kenderaan, termasuk kereta, van, dan motosikal milik si mati. Wasi perlu memaklumkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dan menguruskan kenderaan tersebut sebagaimana yang diarahkan dalam Wasiat, termasuk penjualan kenderaan atau pemindahan hak milik kepada benefisiari.

 

HARTA TAK ALIH

 

 

Harta tak alih termasuk rumah, pangsapuri, kondominium, tanah, lot kedai, dan sebagainya, sama ada dimiliki secara individu atau bersama.

Hartanah dengan Geran Hak Milik

Sekiranya si mati mempunyai geran hak milik individu/strata bagi hartanah tersebut, Wasi perlu mendapatkan salinan sijil kematian yang disahkan benar dan geran hak milik hartanah. Jika hartanah tersebut dicagarkan kepada bank, Wasi juga perlu menyediakan dokumen cagaran. Wasi hendaklah melantik peguam untuk melaksanakan pemindahan hartanah dengan geran hak milik tersebut kepada benefisiari mengikut Wasiat.

Hartanah tanpa Geran Hak Milik

Bagi hartanah yang tidak mempunyai geran hak milik individu atau strata, Wasi perlu menyediakan sijil kematian si mati dan Deed of Assignment (Perjanjian Penyerahan Hak).

Wasi mesti mematuhi arahan yang dinyatakan dalam Wasiat berhubung dengan pengurusan hartanah tersebut. Sebelum sebarang pemindahan kepada benefisiari boleh dibuat, Wasi bertanggungjawab menyelesaikan semua pinjaman atau hutang gadai janji yang masih tertunggak dengan menggunakan aset Harta Pusaka.

CUKAI PENDAPATAN

 

Wasi perlu terlebih dahulu mengemukakan surat makluman kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memaklumkan tentang kematian si mati dengan melampirkan salinan sijil kematian yang disahkan benar.

Pihak LHDN kemudiannya akan memaklumkan kepada Wasi jumlah tunggakan cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh si mati (jika ada). Wasi perlu melengkapkan borang-borang berkaitan dan menjelaskan tunggakan cukai tersebut menggunakan harta pusaka si mati. Akaun cukai pendapatan si mati akan ditutup setelah semua tunggakan dijelaskan.

AKAUN BANK

Ini termasuk:

a) Buku simpanan si mati
b) Sebarang penyata akaun

Wasi boleh memohon kepada bank berkenaan untuk mendapatkan salinan penyata akaun bagi tujuan penilaian sebelum pengagihan. Wasi perlu mengemukakan kepada pihak bank salinan yang disahkan benar bagi dokumen berikut:

a) Wasiat si mati
b) Sijil kematian si mati daripada Jabatan Pendaftaran Negara
c) Kad Pengenalan/Pasport si mati

Walau bagaimanapun, pihak bank tidak akan membenarkan sebarang pengeluaran atau pemindahan wang daripada akaun si mati sehingga Surat Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

PETI BESI SIMPANAN

Wasi boleh memohon kepada pihak bank untuk memeriksa kandungan peti besi simpanan atas nama si mati dengan mengemukakan salinan sijil kematian yang disahkan benar. Pemeriksaan ini mesti dijalankan dengan kehadiran Pegawai Bank dan, jika perlu peguam yang dilantik.  Walau bagaimanapun, sebarang pengeluaran atau pengambilan barang daripada peti besi simpanan tersebut hanya boleh dilakukan selepas Surat Probet atau Surat Kuasa Mentadbir diperoleh.

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Jika Penama KWSP Telah Dinamakan

Wasi hendaklah memohon kepada Lembaga KWSP untuk melepaskan jumlah simpanan KWSP kepada penama yang berumur 18 tahun ke atas. Wasi perlu mengemukakan salinan asal atau disahkan benar sijil kematian  si mati, sijil perkahwinan (jika pasangan adalah penama), dan sijil kelahiran anak-anak (jika anak-anak adalah penama) kepada pegawai KWSP bagi tujuan pengesahan.

Bagi anak-anak di bawah umur 18 tahun, Lembaga KWSP akan menyalurkan bahagian mereka kepada Pemegang Amanah yang dilantik oleh penama atau dilantik oleh KWSP sendiri, tertakluk kepada kelulusan dan peruntukan Seksyen 54 Akta KWSP 1991.

Sekiranya penama yang dinamakan oleh si mati dalam borang KWSP berbeza daripada benefisiari yang dinamakan dalam wasiat, penama di bawah borang KWSP akan diutamakan kerana penamaan tersebut bukanlah pemilikan mutlak, tetapi dalam kapasiti sebagai Pentadbir Amanah bagi pihak waris.

Jika Penama KWSP Tidak Dinamakan

Wasi hendaklah mengemukakan Geran Probet bersama sijil kematian, sijil perkahwinan dan sijil kelahiran anak-anak kepada Lembaga  KWSP untuk tujuan pelepasan wang. Jumlah KWSP akan dilepaskan kepada wasi yang dilantik Mahkamah bagi pengagihan kepada waris yang berhak menurut wasiat atau undang-undang faraid (jika tiada wasiat atau melebihi 1/3 dari jumlah harta).

POLISI INSURANS

Jika Benefisiari Telah Dinamakan

Benefisiari yang dinamakan boleh menuntut manfaat polisi insurans atas nama si mati. Wasi hendaklah mengemukakan sijil kematian yang disahkan benar kepada syarikat insurans bagi membolehkan tuntutan diproses. Sekiranya benefisiari yang dinamakan oleh si mati dalam polisi insurans berbeza daripada benefisiari dalam wasiat, penamaan dalam polisi insurans akan diutamakan selaras dengan Seksyen 166 Akta Insurans 1996, kerana ia mewujudkan amanah statutori (statutory trust).

Jika Benefisiari Tidak Dinamakan

Sekiranya tiada benefisiari dinamakan, manfaat polisi insurans akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka si mati dan hanya boleh dilepaskan kepada Wasi yang mempunyai Geran Probet.

PERNIAGAAN

Perniagaan Milikan Tunggal (Sole Proprietorship)

Sekiranya si mati merupakan pemilik perniagaan milikan tunggal, perniagaan tersebut akan terbatal secara automatik di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Wasi hendaklah memaklumkan kematian kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan boleh menguruskan penutupan atau pemindahan aset perniagaan kepada benefisiari yang dinamakan dalam wasiat. Wasi perlu mengemukakan sijil kematian yang disahkan benar dan Geran Probet untuk sebarang tindakan berkaitan aset perniagaan.


Perkongsian (Partnership)

Sekiranya si mati adalah rakan kongsi, Wasi hendaklah bertindak menurut Perjanjian Perkongsian (jika ada) atau Akta Perkongsian 1961. Jika tiada perjanjian, di bawah Akta Perkongsian 1961, perkongsian akan terbubar secara automatik apabila seorang rakan kongsi meninggal dunia, dan bahagian keuntungan si mati akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka untuk diagihkan mengikut wasiat.


Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Wasi hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha Syarikat mengenai kematian si mati dan mengemukakan sijil kematian yang disahkan benar. Pemindahan saham hendaklah dilakukan mengikut peruntukan Perlembagaan atau tertakluk kepada perjanjian pemegang saham (jika ada).

PELABURAN

Instrumen pelaburan termasuk saham, unit amanah, stok, dan bon yang dipegang atas nama si mati boleh dipindahkan kepada individu yang dinamakan dalam wasiat, tertakluk kepada pengemukakaan Geran Probet dan pengesahan identiti benefisiari. Wasi perlu mengemukakan salinan sijil kematian, Geran Probet, sijil pelaburan dan borang Pemindahan rasmi kepada institusi kewangan yang berkaitan.

Bagi saham syarikat tersenarai, Wasi hendaklah menulis kepada Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. untuk memaklumkan tentang kematian si mati dan melengkapkan borang yang diperlukan. Pemindahan hanya boleh dibuat selepas kelulusan Bursa dan menyerahkan Geran Probet.

Bagi pemindahan saham di Bursa Malaysia, akan dikenakan caj pentadbiran tertentu oleh Bursa Malaysia.

KENDERAAN

Wasi hendaklah menyediakan maklumat dan kad pendaftaran semua kenderaan milik si mati. Pemindahan hak milik kepada benefisiari atau penjualan kenderaan hanya boleh dilakukan selepas mendapatkan Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dan kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Perlesenan) 1959.

HARTA TAK ALIH

Bagi hartanah dengan geran hak milik individu atau strata, Wasi perlu mengemukakan Geran Probet, sijil kematian yang disahkan benar, serta geran hak milik asal untuk pemindahan kepada benefisiari. Jika hartanah dicagarkan kepada bank, salinan dokumen cagaran turut diperlukan. Semua urusan hendaklah dikendalikan oleh peguam berlesen mengikut Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Untuk hartanah tanpa geran hak milik individu atau strata, Wasi perlu menyediakan sijil kematian, Deed of Assignment, Perjanjian Jual Beli, dan Geran Probet/LA sebelum sebarang pemindahan dibuat. Wasi juga bertanggungjawab melangsaikan sebarang pinjaman atau hutang gadai janji tertunggak sebelum pengagihan dibuat.

CUKAI PENDAPATAN

Wasi hendaklah memaklumkan kematian si mati kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan melampirkan sijil kematian yang disahkan benar. LHDNM akan mengeluarkan notis taksiran terakhir di bawah Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967. Wasi wajib melengkapkan borang berkaitan dan menjelaskan sebarang tunggakan cukai menggunakan harta pusaka si mati sebelum akaun ditutup.

Penting:

Sekiranya mana-mana benefisiari belum mencapai umur 18 tahun atau umur yang ditetapkan dalam wasiat, segala manfaat yang menjadi hak mereka hendaklah dipegang oleh Pemegang Amanah (Trustee) sehingga mereka mencapai umur tersebut.