Cara TERPINTAR dan TERPANTAS
Wariskan Cinta Wariskan Harta
Tulis wasiat Islam yang sah dalam masa 15 minit sahaja.
Lindungi orang tersayang anda, agihkan harta mengikut prinsip syarak dan tenangkan hati dengan perancangan pusaka yang bijak.
Mulakan Wasiat SekarangCara TERPINTAR dan TERPANTAS
Hibahkan Harta Lindungi Keluarga
Sediakan hibah Islam yang sah dengan mudah dan tersusun.
Pastikan harta anda terus sampai kepada orang tersayang, kurangkan risiko pertikaian, dan berikan ketenangan hati melalui perancangan hibah yang bijak.
Mulakan Hibah SekarangSmartFaraid
Panduan yang lebih jelas untuk memahami waris, aset dan pembahagian pusaka mengikut prinsip Faraid. SmartFaraid membantu individu dan keluarga Muslim membuat persediaan awal bagi urusan pembahagian harta pusaka secara lebih teratur. Melalui semakan maklumat keluarga, aset dan tanggungan, waris dapat memperoleh gambaran yang lebih jelas sebelum proses pentadbiran pusaka dimulakan.
Perlukan bantuan memilih pelan? Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Cara Kerja - Mudah, Pantas dan Selamat.
3 Langkah Mudah
Menulis Wasiat Anda
Platform SmartWills WasiatKu direka untuk semua rakyat Malaysia.
Daftar & Pilih Pelan
Pilih pelan SmartWills WasiatKu yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda secara dalam talian.
Perkhidmatan penulisan wasiat yang cepat, mudah, dan patuh syarak.
Isi Maklumat Wasiat
Lengkapkan butiran wasiat anda termasuk maklumat peribadi, aset, penerima manfaat, pentadbir, dan penjaga yang memenuhi syarat-syarat Islam.
Cetak, Tandatangan & Simpan
Cetak dokumen dan tandatangan di hadapan dua saksi untuk pengesahan sah undang-undang dan syarak. Pastikan ia disimpan di tempat yang selamat.
Apakah Wasiat ?
Wasiat adalah dokumen sah yang membolehkan anda, sebagai pewasiat, untuk menentukan individu tertentu atau badan amal sebagai penerima manfaat bagi menerima aset dan harta benda anda setelah anda meninggal dunia.
Ia memastikan pembahagian harta anda dilakukan mengikut kehendak anda dan mengikut prinsip syarak.
Kepentingan Wasiat
Islam mengajar kita merancang untuk kehidupan selepas dunia ini. Wasiat bukan sahaja tanggungjawab, ia adalah ibadah.
Kelebihan Kami
Ini Adalah Sebab Anda Memilih SmartWills WasiatKu
Selamat & Terjamin
Data anda dilindungi dengan enkripsi peringkat bank. Privasi anda adalah keutamaan kami.
Boleh Akses Bila-Bila Masa
Platform dalam talian kami boleh diakses 24/7 dari mana-mana peranti - komputer, tablet, atau telefon bimbit.
Pensijilan ISO9001 : 2015
Kami telah mendapat pensijilan ISO 9001:2015 untuk penyediaan wasiat dalam talian - jaminan kualiti bertaraf antarabangsa.
Sokongan Pakar
Pasukan SmartWriter kami yang berpengalaman sedia membantu anda sepanjang proses penulisan wasiat.
Harga Mampu Milik
Pakej bermula dari RM280 sahaja. Tiada yuran tersembunyi - pelaburan terbaik untuk masa depan keluarga anda.
Boleh Kemaskini
Kemaskini wasiat anda bila-bila masa mengikut perubahan harta, keluarga atau kehendak anda.
Rancang Harta Anda Hari Ini Lindungi Keluarga Anda Esok
Dengan WasiatKu, anda boleh merancang pembahagian harta secara mudah, selamat dan patuh Syariah. Elakkan kesulitan kepada waris dan pastikan segala urusan berjalan dengan lancar.
Mulakan Wasiat SekarangPilihan Tepat Dipercayai & Diyakini
Penulisan testimoni ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pelanggan individu dan mungkin berbeza bagi setiap individu. Tiada sebarang ganjaran atau imbuhan diberikan untuk ulasan ini. Prestasi masa lalu bukan petunjuk bagi pulangan masa hadapan.
"Alhamdulillah, mudah sangat guna WasiatKu. Dalam masa 20 minit wasiat saya siap. Sangat puas hati dengan perkhidmatan yang patuh syariah ini."
Ahmad Firdaus
Umur 38, Jurutera, Kuala Lumpur
"Saya dah lama tangguhkan bab wasiat ni. Selepas guna WasiatKu, rasa lega sangat. Harga berpatutan, proses senang, dan yang penting patuh syariah."
Siti Hajar
Umur 45, Guru, Johor Bahru
"Selepas bapa saya meninggal tanpa wasiat, saya faham betapa pentingnya wasiat. Syukran WasiatKu kerana memudahkan proses ini untuk semua orang."
Muhammad Hafiz
Umur 52, Pengurus, Selangor
Ada Soalan? Ini Jawapannya
Masih ada soalan mengenai wasiat Islam?
Baca soalan lazim kami atau hubungi terus pasukan profesional kami.
Mengapa saya perlu membuat wasiat?
Penulisan wasiat merupakan alternatif bagi pewasiat untuk menyimpan hasratnya tentang bagaimana asetnya perlu diagihkan selepas mereka meninggal dunia selain diagihkan secara faraid.
Tanpa adanya wasiat, perlantikan pentadbir dan proses menguruskan harta pusaka akan menjadi rumit dan memakan masa yang lama dan kos yang tinggi.
Bolehkah saya melantik SmartWriter sebagai saksi?
Ya, anda boleh melantik kami sebagai saksi.
Walaubagaimanapun, WasiatKu berhak mengenakan bayaran sehingga maksimum RM100 bagi setiap saksi untuk setiap wasiat yang diproses.
Adakah anda memerlukan peguam untuk sediakan wasiat?
Di Malaysia, undang-undang tidak mewajibkan wasiat disediakan oleh peguam.
Selagi wasiat itu dalam bentuk bertulis, ditandatangani dengan betul, dan memenuhi kehendak perundangan yang berkaitan, ia dianggap sah dan berkuatkuasa.
Adakah wasiat dalam talian sah?
Wasiat dalam talian kami adalah dokumen yang mengikat secara sah. Ia dirangka khas oleh Panel Peguam kami dan disemak oleh Penasihat Undang-Undang dalaman untuk memastikan ia mematuhi perundangan Malaysia dan prinsip Syariah.



