2. Paste this code immediately after the opening tag: Terms And Conditions - SmartWills Malaysia

 

Terma & Syarat

 

Di bawah adalah Terma dan Syarat bagi produk Wasiat Online kami. Sila baca dengan teliti dan sekiranya perlu dapatkan nasihat undang-undang bebas sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

Terma & Syarat Perkhidmatan Penulisan Wasiat Dalam Talian SmartWills

Perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam Dalam Talian (“Perkhidmatan”) disediakan oleh WASIATKU FINTECH SDN. BHD. (202301043968) (“WFSB”).

Terma ini mengawal akses, penyediaan dan penggunaan Perkhidmatan oleh individu beragama Islam.

Dengan menekan butang “Terima”, anda bersetuju bahawa Wasiat Islam anda akan disediakan mengikut hukum syarak dan undang-undang di Malaysia yang sedia ada dan bahawa anda memahami serta menerima Terma & Syarat ini sepenuhnya. 

 

1. Definisi

Bagi tujuan Terma & Syarat ini, istilah berikut, kecuali konteks memerlukan selainnya, mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di bawah. Semua istilah lain yang tidak ditakrifkan di sini hendaklah ditafsirkan mengikut maksud yang diterima umum dalam industri berdasarkan konteks penggunaannya.

  • “Wasiat” – bermaksud Wasiat Islam yang disediakan oleh WFSB bagi pelanggan beragama Islam, yang tertunduk kepada hukum Syariah dan had sepertiga (1/3) daripada jumlah harta selepas ditolak hutang.

  • “Laman Web” – Bermaksud https://www.wasiatku.com.my

  • “Yuran dan Caj” – seperti yang dinyatakan di laman web, tidak termasuk SST, tertakluk kepada perubahan dengan notis.

 

2. Terma Am

2.1 Anda mesti mempunyai nama pengguna dan kata laluan yang sah serta melanggan Perkhidmatan.
2.2 Perkhidmatan adalah untuk kegunaan eksklusif anda sahaja. Anda dilarang menggunakan Perkhidmatan bagi pihak orang lain KECUALI pengedar sah kami (selepas ini dikenali sebagai “SmartWriters”) yang dibenarkan menggunakan Perkhidmatan bagi pihak pelanggan mereka.
2.3 Perkhidmatan ini dikhususkan untul pengguna Islam yang ingin menulis Wasiat mengikut prinsip Faraid dan hukum Syariah.
2.4 Anda mengakui dan bersetuju menerima Perkhidmatan melalui Laman Web yang selamat mengikut Terma & Syarat ini.
2.5 WFSB berhak menolak penyediaan Wasiat yang didapati tidak selaras dengan hukum Faraid atau bertentangan dengan undang-undang Islam.
2.6 WFSB berhak menolak langganan anda untuk Perkhidmatan atas budi bicara mutlak tanpa perlu memberikan sebarang alasan.
2.7 WFSB akan menyediakan salinan elektronik Wasiat (dalam format PDF) melalui e-mel ke alamat e-mel yang anda berikan dalam masa 24 jam, atau penghantaran salinan bercetak (mengikut perkhidmatan premium tambahan) ke alamat pos anda dalam tempoh lima (5) hari bekerja, setelah anda memberikan maklumat lengkap dan tepat serta selepas pengesahan pembayaran diterima oleh gerbang pembayaran kami.
2.8 Anda boleh pada bila-bila masa membatalkan atau berhenti melanggan Perkhidmatan dengan syarat pembatalan atau pemberhentian itu dilakukan sebelum pembayaran dibuat.
2.9 WFSB memiliki hak cipta ke atas Wasiat dan anda bersetuju untuk tidak menyalin, menggunakan semula, berkongsi atau mengedarkan kandungan Wasiat kepada mana-mana pihak lain atau bagi tujuan komersial.
2.10 Anda digalakkan untuk menghubungi WFSB sekiranya memerlukan maklumat tambahan atau penjelasan mengenai Perkhidmatan, atau jika anda mempunyai arahan khas untuk penulisan Wasiat.
2.11 WFSB berhak pada budi bicara mutlaknya untuk meminda, menambah, memadam atau mengubah mana-mana Terma & Syarat dari semasa ke semasa dengan memberikan sekurang-kurangnya empat belas (14) hari notis bertulis terlebih dahulu. Notis tersebut akan dipaparkan di Laman Web.
2.12 Dengan menekan butang “Terima”, anda faham sepenuhnya bahawa anda berhak berunding dengan peguam bagi mendapatkan nasihat mengenai Wasiat sebelum menandatanganinya. WFSB tidak akan dipertanggungjawabkan atas kegagalan anda untuk berbuat demikian.
2.13 Dengan menekan butang pembayaran, anda faham sepenuhnya bahawa anda bertanggungjawab atas risiko menerima Perkhidmatan ini.

3. Kelayakan Anda

3.1 Untuk menulis Wasiat menggunakan Perkhidmatan kami, anda mestilah:

  • Beragama Islam;

  • Waras fikiran;

  • Warganegara Malaysia;

  • 18 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta 21 tahun ke atas di Sabah; dan

  • Memahami hukum Syarak, tujuan dan kesan pembuatan Wasiat Islam.

4. Tanggungjawab Anda
4.1 Setelah menerima Wasiat asal daripada WFSB, anda hendaklah:

a) Semak bahawa kandungan mematuhi hukum Syariah dan menunjukkan hasrat sebenar anda.
b) Laporkan sebarang kesilapan dalam tiga (3) hari bekerja.
c) Tandatangani Wasiat di hadapan dua (2) orang saksi Islam yang berumur 18 tahun ke atas dan bukan benefisiari.
d) Pastikan saksi menandatangani secara serentak.
e) Simpan Wasiat asal yang telah disahkan di tempat selamat.

4.2 Kegagalan anda mematuhi klausa 4.1 boleh menyebabkan Wasiat tidak sag dan/atau tidak boleh dikuatkuasakan, dan WFSB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang anda alami.

5. Yuran dan Caj

5.1 WFSB hanya menerima pembayaran secara elektronik (e-pembayaran) melalui gerbang pembayaran yang disediakan di Laman Web, sama ada dibayar terus oleh anda atau melalui pengedar sah kami (“SmartWriters”).

5.2 Tertakluk kepada Klausa 5.3, semua bayaran yang telah dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan (non-refundable).

5.3 WFSB boleh, atas budi bicara mutlaknya, mempertimbangkan untuk memulangkan bayaran sekiranya berlaku ralat teknikal, kegagalan transaksi, atau bayaran berlebihan yang disahkan oleh penyedia gerbang pembayaran.

5.4 WFSB berhak menyemak dan mengubah kadar yuran dari semasa ke semasa dengan memberikan notis yang munasabah melalui Laman Web. Kadar baharu akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut.

5.5 Semua yuran yang dinyatakan tidak termasuk sebarang cukai kerajaan yang berkuat kuasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), cukai digital, atau apa-apa levi lain yang dikenakan oleh pihak berkuasa. Cukai-cukai tersebut akan dikenakan secara berasingan mengikut kadar semasa.

 

6. Persetujuan Untuk Perkongsian Maklumat

6.1 WFSB memerlukan maklumat seperti yang diminta untuk penyediaan Perkhidmatan (“Maklumat”).
6.2 WFSB akan menyimpan Maklumat secara sulit dan hanya akan mendedahkannya apabila perlu kepada juruaudit, peguam, penasihat professional lain, pihak berkuasa kawal selia, dan mengikut undang-undang.
6.3 Anda berhak pada bila-bila masa untuk:
(a) menarik balik persetujuan anda, jika persetujuan telah diberikan, atau memberikan persetujuan, jika belum diberikan;
(b) menyemak Maklumat; dan
(c) membetulkan sebarang ketidaktepatan dengan menulis kepada WFSB seperti yang dinyatakan dalam PDS.

 

7. Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA)

7.1 Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), WFSB dikehendaki mendapatkan persetujuan nyata dan bertulis daripada anda sebelum mengumpul, menyimpan, dan memproses sebarang data peribadi, termasuk data peribadi sensitif milik anda. Data ini dikumpul bagi tujuan menilai permohonan anda, menyediakan dan mengurus produk serta perkhidmatan yang anda langgan, serta untuk pematuhan kepada keperluan undang-undang yang berkuat kuasa.

7.2 Pengisytiharan: Dengan menekan butang “Terima”, anda mengisytiharkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju tertakluk kepada Notis Privasi WFSB serta secara jelas memberikan kebenaran kepada WFSB untuk:

a) Meminta, mengumpul, menyimpan, dan mendapatkan semua maklumat peribadi yang dinyatakan dalam borang ini bagi tujuan pemprosesan permohonan dan pelaksanaan Perkhidmatan; dan

b) Mengumpul dan memproses data peribadi sensitif anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat agama, kesihatan, atau kewangan, bagi tujuan penyediaan Wasiat dan pentadbiran perkhidmatan yang berkaitan (jika berkenaan).

7.3 Dengan menekan butang “Terima”, anda turut mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan adalah benar, lengkap, tepat, dan terkini. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada maklumat tersebut, anda wajib memaklumkan WFSB dengan segera bagi memastikan rekod kami sentiasa dikemas kini dan selaras dengan keperluan PDPA.

 

8. Had Perkhidmatan

8.1 WFSB tidak memberi nasihat Syariah dan tidak bertanggungjawab menentukan kesahan Wasiat Islam anda di Mahkamah Syariah.

8.2 Anda disaran mendapatkan pandangan penasihat Syariah atau peguam berlesen jika terdapat keraguan.

 

9. Pematuhan Hukum Faraid

Anda memahami bahawa Wasiat Islam hanya sah bagi maksimum sepertiga (1/3) daripada jumlah harta selepas menunaikan hutang dan tanggungan, melainkan semua waris yang berhak memberikan persetujuan bertulis.

 

10. Pengesahan Selepas Kematian

10.1  Selepas kematian, pelaksanaan Wasiat Islam memerlukan pengesahan Mahkamah Syariah bagi menentukan kesahan dan bahagian waris mengikut hukum Faraid.

10.2 Setelah disahkan, wasi atau pentadbir hendaklah memohon Surat Probet/Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil bagi melaksanakan pemindahan aset secara sah.

 

11. Had Liabiliti

11.1 WFSB:
a) Tidak bertanggungjawab terhadap pentadbiran harta pusaka anda.
b) Tidak bertanggungjawab untuk:
(i) Mengesahkan identiti, umur atau keupayaan membuat Wasiat anda.
(ii) Mengesahkan sebarang maklumat yang anda berikan.
(iii) Sebarang kelewatan atau kegagalan prestasi akibat keadaan di luar kawalan WFSB termasuk bencana alam, kebakaran, kerosakan peralatan, kegagalan komunikasi, mogok, peperangan, rusuhan, pengganas, atau arahan kerajaan.
(iv) Sebarang penipuan atau salah laku pihak ketiga termasuk penggodaman atau “phishing”.
(v) Sebarang kehilangan atau gangguan terhadap Wasiat semasa berada dalam simpanan anda.

11.2 WFSB, wakil atau ejen tidak memberi jaminan bahawa akses kepada Perkhidmatan adalah berterusan, tanpa gangguan atau bebas ralat. Perkhidmatan diberikan “seadanya” dan “sebagaimana tersedia”. Anda menggunakan Perkhidmatan atas risiko sendiri.

11.3 Selain penafian lain dalam Terma & Syarat, WFSB menafikan semua bentuk jaminan nyata atau tersirat mengenai Perkhidmatan.

11.4 WFSB atau pegawai, pengarah, pekerja, pemegang saham, sekutu, ejen, pemberi lesen, atau pembekal pihak ketiga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian langsung atau tidak langsung termasuk kerugian khas, berbangkit atau hukuman, yang timbul daripada:
a) sebarang kecacatan, kelewatan, gangguan atau kegagalan Perkhidmatan;
b) sebarang ketidaktepatan atau kesilapan data dalam Wasiat;
c) kerosakan, kehilangan atau ralat data yang anda berikan untuk dimasukkan dalam Wasiat;
d) penggunaan tanpa kebenaran atau serangan siber terhadap Laman Web atau Perkhidmatan;
e) kegagalan anda mematuhi undang-undang atau Terma & Syarat;
f) sebarang kejadian di luar kawalan munasabah WFSB;
g) tindakan WFSB melaksanakan haknya di bawah Terma & Syarat; dan/atau
h) tindakan pihak lain selain WFSB.

11.5 Remedi tunggal anda sekiranya tidak berpuas hati ialah WFSB akan berusaha menyediakan semula Wasiat baharu. Jika masih tidak berpuas hati, anda hendaklah berhenti menggunakan Perkhidmatan.

11.6 Klausa ini terpakai setakat yang dibenarkan undang-undang.

 

12. Indemniti

12.1 Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan WFSB, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, dan wakilnya bebas sepenuhnya daripada sebarang liabiliti, kerugian, kerosakan, yuran, caj, kos guaman, tindakan, atau tuntutan dalam apa jua bentuk yang timbul daripada atau berkaitan dengan
a) Penggunaan, penyalahgunaan, atau akses tanpa kebenaran terhadap Laman Web dan/atau Perkhidmatan oleh anda atau mana-mana pihak lain menggunakan akaun anda;
b) Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam Terma & Syarat ini atau undang-undang yang berkuat kuasa; atau
c) Sebarang pelanggaran hak harta intelek, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, tanda dagangan, atau rahsia perdagangan milik WFSB atau pihak ketiga, akibat penggunaan Perkhidmatan oleh anda.

12.2 Kewajipan tanggungan rugi ini akan terus berkuat kuasa walaupun selepas penamatan akses anda kepada Laman Web atau Perkhidmatan.

 

13. Keselamatan dan Sistem Komputer

13.1 Segala maklumat dan data peribadi yang anda berikan akan disimpan di pelayan selamat milik atau dikendalikan bagi pihak WFSB dan dilindungi melalui teknik penyulitan dan kawalan keselamatan elektronik yang sesuai. Walau bagaimanapun, anda mengakui bahawa tiada sistem dalam talian yang boleh dijamin sepenuhnya selamat, dan keselamatan akaun anda juga bergantung kepada langkah anda sendiri dalam melindungi kata laluan, peranti, dan akses ke Laman Web.

13.2 Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aktiviti yang berlaku melalui akaun anda, sama ada dilakukan dengan kebenaran anda atau tidak. Sekiranya anda mengesyaki sebarang capaian tanpa kebenaran atau pelanggaran keselamatan, anda hendaklah memaklumkan WFSB dengan segera.

13.3 WFSB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau pendedahan data yang berpunca daripada kecuaian anda dalam melindungi akaun, kata laluan, atau peranti anda. Anda hendaklah menanggung rugi WFSB terhadap sebarang liabiliti atau kerugian yang timbul akibat penggunaan atau capaian tanpa kebenaran terhadap akaun anda.

 

14. Hak Harta Intelek

14.1 Selain maklumat peribadi anda, semua kandungan, bahan, teks, grafik, logo, reka bentuk, kod perisian, dan data yang terdapat dalam Perkhidmatan ini adalah milik eksklusif WFSB dan dilindungi di bawah undang-undang hak cipta, tanda dagangan, dan harta intelek Malaysia.

14.2 Penggunaan Perkhidmatan ini tidak memberikan sebarang lesen, hak milik, atau kebenaran tersirat untuk menggunakan mana-mana bahan, tanda dagangan, nama perniagaan, atau logo yang dimiliki oleh WFSB atau mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada WFSB.

14.3 Sebarang penyalinan, pengubahsuaian, penerbitan semula, pengedaran, atau penggunaan semula bahan dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis merupakan pelanggaran undang-undang dan boleh mengakibatkan tindakan sivil dan/atau jenayah.

 

15. Penamatan

15.1 WFSB berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menamatkan, menggantung, atau mengehadkan akses anda ke Laman Web atau Perkhidmatan pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu, sekiranya anda melanggar mana-mana Terma & Syarat ini, peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, atau hak WFSB, pengguna lain, atau pihak ketiga.

15.2 Penamatan tidak menjejaskan hak atau remedi WFSB yang telah wujud sebelum tarikh penamatan. Semua kewajipan anda yang masih terhutang kepada WFSB pada atau sebelum tarikh penamatan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dilunaskan sepenuhnya.

15.3 WFSB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan—sama ada secara langsung, tidak langsung, khas, atau berbangkit—yang dialami oleh anda akibat daripada penamatan atau penggantungan akses di bawah klausa ini.

 

16. Undang-undang dan Bidang Kuasa

16.1 Terma & Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan hukum Syariah yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan atau Negeri berkenaan.
16.2 Jika mana-mana peruntukan dianggap tidak sah, ia akan diganti dengan peruntukan sah yang paling hampir dengan niat asal, manakala baki Terma & Syarat kekal berkuat kuasa.
16.3 Sebarang pertikaian mengenai kesahan atau pentadbiran Wasiat Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah, manakala hal pentadbiran aset harta tak alih atau akaun bank hendaklah disahkan melalui Geran Probet daripada Mahkamah Tinggi Sivil.

 

17. Pertanyaan dan Aduan

17.1 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau pertikaian berkaitan Perkhidmatan, anda hendaklah merujuk perkara tersebut kepada WFSB melalui butiran yang dinyatakan dalam PDS.
17.2 WFSB akan berusaha sedaya upaya menjawab pertanyaan dan menyelesaikan isu yang dibangkitkan.
17.3 Anda perlu menyatakan butiran penuh pertanyaan atau aduan anda dan ia akan ditangani mengikut prosedur dalaman WFSB.